LOGIN
AHLI
Email :
Kata Laluan :

 

TERMA DAN SYARAT

1. Jodoh4U.com menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh, alamat e-mel, nombor telefon atau lain-lain maklumat berhubung anda. Maklumat ini terhad untuk sesama ahli Jodoh4U.com sahaja. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal Jodoh4U.com. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.
2. Dengan menggunakan perkhidmatan Jodoh4U.com, anda bersetuju untuk:
(a) memberikan maklumat yang benar, lengkap dan terkini tentang diri anda.
(b) mengemaskini sebarang perubahan Maklumat Pendaftaran untuk mengekalkan kebenaran, ketepatan dan kelengkapanya. Jika anda memberi maklumat yang tidak benar, kurang tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, atau Jodoh4U.com mempunyai bukti yang cukup untuk mengesyaki maklumat itu tidak benar, kurang tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, Jodoh4U.com mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda serta menyekat sebarang penggunaan perkhidmatan di waktu kini atau akan datang.
3. Pihak Jodoh4U.com akan berhubung dengan ahli-ahli menerusi mesej peribadi, e-mail, telefon atau sms. Maklumat terkini tentang perkembangan portal atau notis penting akan disalurkan melalui saluran-saluran di atas.
4. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam portal Jodoh4U.com, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik Jodoh4U.com, melalui hakcipta yang dipegang oleh Soulmate Finder Agency. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.
5. Segala sumbangan melalui borang elektronik, e-mel, pos, serahan dan lain-lain cara yang menunjukkan bahawa barang itu dikirimkan kepada pihak Jodoh4U.com adalah menjadi hakmilik Jodoh4U.com. Sumbangan ini yang berbentuk mesej, artikel, komen, panduan, karya, gambar dan lain-lain yang boleh menjadi input kepada portal Jodoh4U.com juga akan menjadi hakmilik Jodoh4U.com.
6. Anda bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan tidak akan menuntut apa-apa dari Jodoh4U.com, subsidiari, gabungan, pegawai, ejen, penjenama bersama, atau rakan kongsi lain dan pekerja termasuk bayaran guaman yang dikenakan oleh pihak ketiga disebabkan dari penggunaan kandungan anda, penggunaan perkhidmatan, sambungan anda kepada perkhidmatan, perlanggaran terma dan syarat-syarat atau perlanggaran mana-mana hak pihak lain.
7. Pengguna dan pengunjung portal Jodoh4U.com TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan portal Jodoh4U.com sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungan serta menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak Jodoh4U.com. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
8. Pihak Jodoh4U.com berhak mengambil tindakan kepada anda sekiranya anda sebagai ahli atau pengunjung portal Jodoh4U.com ini gagal untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan ini.
9. Pihak Jodoh4U.com berhak meminda syarat-syarat dan peraturan ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal Jodoh4U.com dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.


<< KEMBALI


Halaman Utama
  | Bantuan Pelanggan  | Tips  | Artikel 

Copyright 2010 Jodoh4U.com. All rights reserved.
Powered by : SOULMATE FINDER AGENCY (1684865-D)
Kuala Lumpur, Malaysia.