
|
|
TIP MEMBUAT KEPUTUSAN BILA BERCINTA SUAMI ORANG
swings, 02/07/2007 |
| Perasaan menyayangi sesama insan adalah ciptaan yang Maha Esa untuk manusia meneruskan agenda kehidupan di dunia ini. Namun ia perlu diasuh dengan sifat yang murni agar menjadikan hidup ini lebih harmoni dan bererti. Justeru itu, tips kaunselor akan memandu pembaca yang bercinta dengan pasangan yang telah berumah tangga agar tidak silap dalam membuat keputusan. |
1. Semua orang mahu menyayangi dan disayangi. Bahkan ia adalah satu keperluan kehidupan.Tanpanya, dunia akan menjadi hambar dan tidak berseri. Namun perasaan saling menyayangi itu perlu diasaskan kepada harga dan maruah diri. Jangan sampai kita dianggap mempunyai hati yang telah mati.
2. Jika terjebak dengan cinta buta, berikanlah dia mata supaya dapat melihat dengan akal dan budi. Jangan biarkan cinta memandu kita, sebaliknya jadikan akal yang sempurna sebagai panduan dalam meneruskan perjalanan hidup.
3. Pencarian cinta yang semata-mata berpegang kepada kepentingan hidup di dunia hanya akan membawa kepada kelekaan dan kehancuran semata-mata. Walaupun di awalnya nampak bahagia namun akhirnya kita akan sengsara.
4. Sebelum terlibat dengan cinta seperti ini ada baiknya jika kita membuat pertimbangan tentang baik ataupun buruk yang akan kita rasai. Seandainya, ada kebaikan maka lakukan dengan cara yang terbaik namun sekiranya ada keburukan carilah jalan agar dijauhkan.
5. Seandainya kita tersalah pilih, tetapi masih ada ruang untuk berundur carilah alasan agar persengketaan tidak ditimbulkan. Tiada paksaan dalam erti sebuah percintaan kerana jika dibuat hanya terpaksa bersedialah untuk berhadapan dengan derita.
6. Bayangkan betapa angkuhnya kita sebagai wanita yang sanggup menguris insan yang sama seperti kita. Seandainya, kita ditempat mereka pasti kita juga tidak mahu diperlakukan begitu. Jangan pentingkan diri sendiri semata-mata untuk perkara yang boleh kita dapati tanpa menjatuhkan nilai peribadi.
7. Lelaki yang bijak akan sentiasa berani dalam membuat keputusan dan tindakan.Jangan jadikan beribu alasan untuk mencapai desakan diri yang tidak pasti.Lihatlah jauh ke dalam lubuk nurani isteri dan renunglah mata anak yang mengharap ihsan agar terus disayangi.
Tips Kaunselor
|
 |
|
|
|