LOGIN
AHLI
Email :
Kata Laluan :



Petikan dari MAJALAH WANITA
Ruangan BICARA CINTA


Indeks Artikel

JIKA TERPAKSA 'BLIND DATE'
swings, 02/07/2007

 

Anda masih belum berpunya sedangkan jauh di sudut hati anda ingin sekali mempunyai teman istimewa. Ada kawan menyarankan agar anda terima sahaja pelawaan seseorang. Blind Date, ya pertemuan pertama yang diatur. Untung-untung sesuai. Jika begitu bolehlah diteruskan pertemuan selanjutnya dan kemudian menjalin hubungan yang lebih mesra. Tapi sebelum apa-apa, lihat dulu tip di bawah ini agar pertemuan anda tidak berhenti setakat ini sahaja.
1. Dapatkan maklumat selengkapnya tentang calon pasangan. Misalnya kalau anda tahu dia suka makan ayam goreng,maka bolehlah anda mengajaknya singgah ke restoran segera yang menyediakan hidangan kegemarannya. Tidaklah nanti dia termangu-mangu bila dipelawa makan nasi kandar sedangkan dia tidak menyukainya.

2. Tanyakan pada siapa yang memperkenalkan Blind Date anda itu tentang orang yg diperkenalkannya. Jika dia tidak boleh menjawab dalam masa satu minit, batalkan sahaja. Orang yang kenal pun susah nak dibaca isi hatinya, apa lagi orang yang sangat TIDAK dikenali!

3. Cubalah dulu menghubung bakal pasangan anda melalui telefon. Dengan ini anda boleh mengenali suaranya hinggakan tirai misteri mulai tersingkap sedikit demi sedikit.

4. Bawa teman kalau gugup. Tak apa kalau anda tidak kelihatan yakin diri buat seketika. Yang penting, percakapan mesti lancar dengan adanya teman anda itu.

5. Jangan beri kesan negatif. Misalnya, belum apa-apa sudah bertegang leher tentang sesuatu topik. Keadaan ini petandanya tidak baik pada hubungan seterusnya.

6. Pakailah pakaian yang selesa. Tidak perlu formal, sebaiknya pilihlah yang santai.

7. Agar pertemuan berjalan lancar, pilihlah waktu siang untuk bertemu. Anda tidak akan terburu-buru tetapi jangan berlama-lama kerana masing-masing perlu ke pejabat. Atau lebih baik pilih hari cuti.

8. Bersikap manis kerana perasaan setiap orang itu sukar diukur. Biar pun ternyata anda tidak menyukainya, teruskan bermanis muka.


Halaman Utama
  | Bantuan Pelanggan  | Tips  | Artikel 

Copyright 2010 Jodoh4U.com. All rights reserved.
Powered by : SOULMATE FINDER AGENCY (1684865-D)
Kuala Lumpur, Malaysia.