
Petikan dari MAJALAH WANITA
Ruangan SEMBANG LELAKI
|
|
APA LELAKI BUAT BILA PUTUS CINTA
swings, 28/06/2007 |
| Semasa bercinta memang indah. Ada kala cinta menyebabkan anda lupa daratan dan tidak sedar bumi mana dipijak. Segala-galanya bagaikan terawang-awang. Tapi apa bila perhubungan putus, terasa dunia berakhir. Pandangan serasakan gelap. Wajah yang dahulu sentiasa tersenyum kini tampak muram dan kelat. Ada juga sanggup memerap di bilik tidak mahu jumpa sesiapa. Persoalannya adakah sakitnya putus cinta lelaki sama dirasai seperti kaum wanita? Bagaimanakah lelaki menghadapi saat putus cinta? |
SHUFIAN SUHAIMI, 28, Pengurus kedai berkata,
Bagi saya bila terjadinya putus cinta, saya lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Mungkin ia hanya ambil masa seminggu. Saya lebih suka meluahkan perasaan saya pada kawan rapat daripada keluarga sendiri. Bagi saya, lelaki dan perempuan mempunyai emosi yang sama apabila putus cinta. Tetapi lelaki tidak wajar untuk menangisi perpisahan itu kerana ada ego. Kita kena terima hakikat itu. Jika kita bermula dengan baik berpisah juga dengan cara baik.
ALIZAN ALIAS, 24, Pelukis berkata,
Saya bercinta dengan perempuan yang boleh terima saya seadanya. Jika sejak awal lagi kita tidak boleh bersama atau tidak ada kesefahaman, bagaimana kiita hendak teruskan hidup bersama hingga akhir hayat. Waktu bercinta, kita kena banyak belajar untuk menerima pasangan sama ada serasi atau sebaliknya. Jika ada masalah timbul dalam perhubungan, lebih baik bincangkan lebih awal. Kalau ikutkan hati memang hendak carikan pengganti tetapi saya ada pendirian. Kalau dah putus, biarlah perhubungan diteruskan sebagai kawan biasa.
ABDUL HAMID AHMAD, 30, Kerani berkata,
Sewaktu putus cinta, tension. Saya ada menangis tapi hanya dalam bilik. Saya tak bagi tau kawan-kawan apa yang berlaku kepada saya kerana ianya adalah masalah peribadi. Cuma saya beritahu kepada kawan baik. Sekurang-kurangnya ada orang dengar luahan hati kita. Dia juga boleh beri nasihat berguna untuk didengar. Memang susah hendak lupakan cinta pertama. Sebenarnya kita kena jadi tabah. Ikut prinsip agama, mungkin tidak ada jodoh antara kita. Selepas putus cinta, saya bertekad untuk tidak bercinta lagi tetapi mahu terus berumah tangga.
BALA MORGAN A/L ARUNASALAM, 26, Pereka grafik berkata,
Saya sebenarnya baru pun putus cinta. Saya jadi pendiam dalam masa dua minggu. Apabila orang sudah tak suka kita, buat apa kita hendak bersedih. Lagipun saya tidak berasa rugi pun jika dia tak mahukan saya.Memanglah sedikit sebanyak perasaan saya terasa terganggu apabila orang yang kita sayangi itu minta putuskan perhubungan yang dibina atas dasar cinta. Saya bercinta bukan sekadar suka-suka. Tetapi saya fikir untuk jadikan ia sebagai pasangan hidup. Apabila keadaan sudah jadi begini, saya serahkan kepada keluarga untuk dapatkan jodoh. Kini saya lebih tumpukan kepada kerja.
SHAHRUL IZWAN, 20, Pelayan hotel berkata,
Pengalaman bercinta monyet sewaktu bersekolah memang ada. Walaupun saya bercinta pada usia muda, tetapi apabila putus cinta itu bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi saya, cara terbaik untuk menangani masalah putus cinta dengan dekatkan diri kepada Tuhan dan banyakkan membaca Al-Quran.
|
 |
|
|
|