LOGIN
AHLI
Email :
Kata Laluan :



1. SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI (1741 pelawat)
  Wajar dijadikan panduan untuk kunci kebahagiaan

2. WASIAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W (1545 pelawat)
  "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. KETENANGAN HATI KUNCI KECEMERLANGAN INSAN (1675 pelawat)
  Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya menyakini bahawa dirinya adalah berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, di antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin daripada-Nya.

4. KAHWIN UBAT TERBAIK KEMURUNGAN (3253 pelawat)
  New York : Satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.

5. LELAKI MUDA (3530 pelawat)
  Kaum Adam dan Hawa haruslah berfikiran terbuka menerima pasangan tanpa mengira usia. Paling penting yang harus dilihat adalah kemuliaan akhlak seseorang itu.

6. PERKAWINAN ADALAH SATU IBADAH (2311 pelawat)
  Di bawah ini adalah fadiul-amal ttg perkahwinan berserta hadis Nabi S.A.W ttg perkahwinan.

7. PANDUAN PIKAT GADIS IDAMAN (5049 pelawat)
  Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa. Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tip di bawah ini mungkin boleh membantu.

8. BIJAK MEMILIH PASANGAN (4696 pelawat)
  Adakah anda telah bertemu dengan pasangan yang anda idamankan? Adakah dia benar-benar pasangan yang anda inginkan. Adakah anda benar-benar mengenalinya. Bagaimana anda menilai bahawa dia adalah pasangan yang anda inginkan teruskan membaca.

9. RAHSIA MENAMBAT HATI WANITA (3457 pelawat)
  Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

10. MENGAPA WANITA SUKA MERAJUK (3133 pelawat)
  Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan.. Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

11. CINTA LAMA BIARKAN BERLALU (2342 pelawat)
  Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

12. 10 RAHSIA CINTA (3164 pelawat)
  Mengungkapkan bagaimana wujudnya cinta dalam hati. Bagaimana kita hendak mengenalpasti yang cinta itu telah hadir dalam diri kita. Menjaga dan menguatkan lagi rasa cinta tersebut dengan pelbagai cara. Semakin tinggi komitmen kita terhadap cinta tersebut maka semakin kuatlah usaha kita untuk megukuhkan lagi perasaan itu agar tidak hlang atau pudar di telan masa.

13. CARA-CARA MEMIKAT LELAKI (4103 pelawat)
  Sebagai seorang wanita untuk menambat hati lelaki bukanlah semata-mata dengan menggunakan kuasa kecantikan, tetapi banyak perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan untuk menarik perhatian lelaki terhadap diri kita.

14. MERTUA DAN KITA (835 pelawat)
  Kehidupan berumahtangga bukanlah sentiasa bahagia dan seronok sepanjang masa. Di samping kita hendak mengenal diri pasangan kita yang sebenar, kita juga perlu menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan kita. Kadangkala ada yang berjaya namun tak kurang juga yang kecundang. Menghadapi masalah dengan keluarga mertua bukanlah sesuatu yang baru. Ditambah dengan kehidupan pada masa kini yang semakin kompleks. Kadangkala konflik berlaku bukan hanya kerana ibubapa pasangan yang tidak suka kepada kita tapi terjadi juga diri kita yang tidak suka dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga mertua tersebut. Oleh itu marilah kita renungkan bersama masalah yang di hadapi bagi pasangan berumahtangga untuk di jadikan pengajaran buat diri kita yang masih tercari-cari erti rumahtangga yang sebenar.

15. CARA LELAKI MENGUNGKAPKAN CINTA (2713 pelawat)
  Bukan mudah untuk kita jatuh cinta, dan bukan mudah untuk melafazkan cinta. Terutama bagi lelaki yang benar-benar jujur dan serius dalam sesuatu perhubungan. Selain bagi lelaki yang sangat menitik beratkan soal hati dan perasaan bukan mudah baginya membuat keputusan untuk meluahkan rasa cintanya jika ia tidak yakin terhadap perasaannya sendiri. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana seseorang lelaki itu mengungkapkan cintanya pada kita.

16. HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK (1332 pelawat)
  Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini tidak pernah lari dari masalah. Seolah-olah masalah sentiasa mengejar hidup sentiap insan di muka bumi ini. Jika tiada masalah ia tidak di namakan kehidupan. Kadangkala masalah mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita sendiri. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti dari apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Ada orang yang sanggup mengahdapi masalah dengan cekal tanpa putus asa tetapi tak kurang juga yang gagal dan menghadapi masalah tekanan mental. Oleh itu kita renungkan bersama bagaimana hendak menghadapi sesuatu masalah dengan bijak.

17. PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA (2776 pelawat)
  Assalamualaikum, Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab 'penderitaan mengundang bahagia'.

18. TIP MEMBUAT KEPUTUSAN BILA BERCINTA SUAMI ORANG (1760 pelawat)
  Perasaan menyayangi sesama insan adalah ciptaan yang Maha Esa untuk manusia meneruskan agenda kehidupan di dunia ini. Namun ia perlu diasuh dengan sifat yang murni agar menjadikan hidup ini lebih harmoni dan bererti. Justeru itu, tips kaunselor akan memandu pembaca yang bercinta dengan pasangan yang telah berumah tangga agar tidak silap dalam membuat keputusan.

19. PSIKOLOGI CINTA (1859 pelawat)
  Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita.

20. BILA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA (2855 pelawat)
  Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

21. APABILA WANITA MULA MEMINATI LELAKI (3199 pelawat)
  Apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak -geri nya. Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak-geri nya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respon positif daripadanya. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk bertingkah laku demikian.

22. TANDA-TANDA LELAKI BERBOHONG (2392 pelawat)
  BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.

23. TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA (4413 pelawat)
  LUAH DENGAN BERADAB Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

24. MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT (2184 pelawat)
  Mencari teman untuk dijadikan pasangan seumur hidup tidak semudah memilih baju atau kasut dipasar raya. Kadang-kala sudah bertahun bercinta tetapi masih ragu-ragu apabila membuat keputusan untuk bernikah. Anda bimbang, adakah si dia pilihan yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup anda. Nell Clark Warenn, penulis buku 'Finding the love of your life' mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan kita tersalah pilih pasangan.

25. JIKA TERPAKSA 'BLIND DATE' (1188 pelawat)
  Anda masih belum berpunya sedangkan jauh di sudut hati anda ingin sekali mempunyai teman istimewa. Ada kawan menyarankan agar anda terima sahaja pelawaan seseorang. Blind Date, ya pertemuan pertama yang diatur. Untung-untung sesuai. Jika begitu bolehlah diteruskan pertemuan selanjutnya dan kemudian menjalin hubungan yang lebih mesra. Tapi sebelum apa-apa, lihat dulu tip di bawah ini agar pertemuan anda tidak berhenti setakat ini sahaja.

26. GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH (1254 pelawat)
  Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&

27. CARA LELAKI MEMIKAT WANITA (4535 pelawat)
  Wanita cerewet? Benarkah begitu?

28. APA LELAKI BUAT BILA PUTUS CINTA (1906 pelawat)
  Semasa bercinta memang indah. Ada kala cinta menyebabkan anda lupa daratan dan tidak sedar bumi mana dipijak. Segala-galanya bagaikan terawang-awang. Tapi apa bila perhubungan putus, terasa dunia berakhir. Pandangan serasakan gelap. Wajah yang dahulu sentiasa tersenyum kini tampak muram dan kelat. Ada juga sanggup memerap di bilik tidak mahu jumpa sesiapa. Persoalannya adakah sakitnya putus cinta lelaki sama dirasai seperti kaum wanita? Bagaimanakah lelaki menghadapi saat putus cinta?


Halaman Utama
  | Bantuan Pelanggan  | Tips  | Artikel 

Copyright 2010 Jodoh4U.com. All rights reserved.
Powered by : SOULMATE FINDER AGENCY (1684865-D)
Kuala Lumpur, Malaysia.